Wednesday, February 27, 2008

SeKeLiLiNG KiTA

Kadang-kadang kenapa kita rasa hidup kita tak seperti mereka-mereka yang lain. Aku memandang sekeliling. Mereka berjalan ke sana ke mari. Aku menoleh ke belakang, mereka tergelak ketawa. Renunganku beralih ke hadapan, mereka tersenyum riang. Kutoleh lagi kanan dan kiriku, dekat denganku, siapa agaknya..tapi tiada sesiapa..bayanganpun tiada. Tatkala itu, mungkin juga malaikat disebelah kanan kiriku..yang menjagaku..kala mata terpejam rapat..kala mata kembali celik..kala aku ke mana-mana..kala aku dalam kegelapan..mungkin sedang menulis apa yang aku sedang bicarakan. Aku mendongak ke atas..kutarik nafasku panjang-panjang..kuhembus perlahan-lahan..Ya Allah..anehnya ciptaanMu untuk sekalian umat. Langit yang begitu terbentang luas..nun jauh disana..ramai yang ingin menggapainya..ramai yang ingin ke sana..aku pun ingin ke sana..tapi, lorongnya tiada..kukhuatiri andainya tersesat. Lamunanku terhenti seketika. Kulihat semula dibawah..angan-anganku bersama si langit biru hilang seketika..huh..sedangku memijak di hamparan hijau..sudah beberapa saat aku memijak rumput itu..mungkinkah rumput itu akan mati..mungkin juga tidak..kerana aku tahu..rumput itu cukup mampu bertahan..dimana-mana pun rumput tetap hidup..kagum sejenakku dengan resam si rumput. Aku ingin menjadi seperti rumput..dipijak..dihina..diherdik..disepak..ditendang..dihumban..dibakar..namun masih mampu berdiri..namun..tetapku khuatiri..tatkala kemarau melanda..apabila tanah menjadi gersang..rumput mula kehausan..aku akan kehausan. Tapi, aku tetap mendoakan agar diberi satu titisan air untuk hilangkan dahaga..agar diberi satu anugerah..agar tidak kehausan lagi. Lamanya aku mengelamun..fikirkan nasib si rumput..kutunduk kebawah..kakiku masih lagi disitu..diatas rumput yang masih menghijau..aku terus melangkah..aku tidak boleh membiarkan kakiku disitu lagi..kerana rumput itu perlu bernafas. Ku melompat terus di atas sebatang jalan..tiba-tiba kurasa terlalu sakit..dentuman yang kuat masih lagi kukedengaran..lututpun mula menggeletar..tangan mula hilang upaya..kaki menjadi lemah..terhumban aku disitu. Tatkala mata masih belum tertutup rapat..Ya Allah..sekali lagi mataku memandang terus ke langit..mungkinkah itu untuk yang terakhir kalinya..walaupun tangan ini sudah tidak mampu melambai, tetapi salamku ”assalamualaikum” buat semua..mungkin inilah salam terakhir dariku..untuk semua..semuanya mungkin..

11.37 a.m, library upc, 26/02/08

Ps: lepas kelas, mkn jap kat bitara ngan kengkawan..pastu pegi library..nk study cz ader test research kol 3..erm..tapi cam bosan jek.. so, aku tulis arr nih cket..

Sunday, February 24, 2008

Cerita Yg Pnjg Tp Penuh Bermakna: SEDIAKAN TISU

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung. Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luarnegara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa ceritaNaim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kataku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar...lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.Bas yang terhenyak-henyak dekjalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buattepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yangterkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.Naim kelihatan murung. "Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balikrumah ke?" Naim mengubah topik. "Cadangnya gitulah!" "Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyakbenda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja."Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati."Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang. "Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orangjahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim."Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naimterisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang."Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepijalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang jeboleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana.Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur."Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raizbangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah danahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya."Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiadagelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yangbertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malahberpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah."Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segeramengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim binMalik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah."Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang sayajumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?""Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggalhari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwahmak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi."Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana!

moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar

ps: cerita ni sumbangan dr seorang kawan..xtau laa kat mane dia dapat..tapi..berbaloi rasenye andainye cerite ni aku kongsikan dengan semua orang...

Sunday, February 10, 2008

jenguk kembali


dh lame rasenye xtulis aper2 kat blog nih...bukannye bzy sgt..bukannye xde ape nk tulis..banyak..terlalu banyak..tapi bukan disini..aku br lepas cuti midsem..seminggu kat kg..macam2 berlaku..yg paling best skali mase buat bubur asyura..walaupun smua famili xleh berkumpul..tp smuanye berjalan ngan lancar..best gak ble dapat peluang kacau bubur tu...huhuhu..walapun penat tp berbaloi..bubur tu buat umah nenek aku..walaupun aku la sepupu paling tua kat situ..tp caye laaa..huhuhuh...ok..sodapnyer bubur tu..