Friday, April 4, 2008

Penyakit Jantung

PENGENALAN

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah.
Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

SERANGAN PENYAKIT JANTUNG

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut.

Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".


FAKTOR PENYEBAB

1. Asap rokok

  • Mempercepatkan pembekuan darah
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

2. Tekanan Perasaan

  • Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat. Tekanan darahnya jugameningkat.

3. Kandungan Lemak Yang Tinggi
  • Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makananyang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi daging berlemak.

4. Kurang bersenam

  • Senaman penting untuk menguatkan jantung.
  • Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah kejantung. Bersenamlah.
5. Darah Tinggi
  • Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
  • Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
  • Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.

6. Kencing Manis

  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung

FAKTOR-FAKTOR YANG MENINGKATKAN KEMUNGKINAN MENGHADAPI PENYAKIT JANTUNG KORONARI

  • Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
  • Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
  • Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
  • Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
  • Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
  • Jika anda kurang bersenam.
  • Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.

BAGAIMANA MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG.

  • Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
  • Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
  • Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
  • Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
  • Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
  • Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
  • Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN DAN UTUSAN MALAYSIA

Tuesday, April 1, 2008

SaaT iTu

Saat itu,
Tidak mengira siapa pun kita
Tidak terhitung dimana pun kita
Tidak terbilang hebatnya
kita
Kita masih seperti dulu
Kita masih di saat dulu
Saat kau hulurkan senyuman
Saat aku menyahut kemanisan
Saat kau lontarkan sahutan

Saat aku menyambut panggilan

Saat itu,
Begitu manis buat kita
Kerana kita yang ciptakan
Kerana hati kita yang relakan


Kini,
Saat itu masih ada
Saat itu masih tersimpan
Kerana itu hanya sesaat
Sesaat yang telah kita tinggalkan
Sesaat yang telah kita langkahi

Sesaat yang akan kita terokai

Sudut itu
Masih dalam ingatan
Saat-saat semalam
Berbicara dari hati
ke hati
Kadangkala hatiku tersentuh
Kadangkala sakitmu terasa
Tetapi, kita biarkannya berlalu
Kerana hanya kita yang tahu
Kelmarin akan dilupai
Kerana mimpi itu telah kita tinggalkannya
Untuk esok yang mendatang


(surau ipsi)
Ditulis Semula 29/03/08, 09.17 PM

::KERANA AKU HANYA YANG BIASA::

Kerana aku hanya yang biasa
Menuturkan kata yang
melukakan
Melontarkan marah yang mendukakan
Memberi senyuman yang tiada kemanisan
Menghulur salam yang tiada
jawapan

Memberi maaf yang meninggalkan dendam

Kerana aku hanya yang biasa
Mengalah kerana aku
kalah
Berundur kerana aku longlai
Membisu bukan
kerana tiada suara
Memandang apa yang hilang
Melihat apa yang
kabur

Kerana aku hanya biasa
Kerana aku
bukan dia
Kerana aku bukan seseorang
Kerana aku bukan seperti yang kau mahu
Kerana aku adalah diriku

Tatkala aku
rebah
Kusambar tanganmu agarku tidak tunduk ke bumi
Tatkala aku
bangun
Kurenung matamu agarku tidak mendongak ke langit
Kerana di sana
Tiada kau disisi


09.00 PM, 29/03/08

B.E.N.C.I

JANGAN BENCI - MEMBENCI
Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

RAMAI juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain. Kaedah Mengikis Benci...Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain. Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah :-

1 Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain. 2) sentiasa bersangka baik terhadap orang ( walaupun kita perlu berwaspada setiap masa) 3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita. 4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yg berterusan. 5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang. 6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita. 7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu dengan yang lain. 8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yg kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita. 9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita. 10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati. 11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt. 12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia. 13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian. 14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia. 15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain. 16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa. Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita..., kita perlu Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain.

Ingatlah pesanan seorang sarjana: "Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka" ......
"Orang berakal, apabila diam ia berfikir., apabila berkata ia mengingatkan., apabila melihat ia jadikan pengajaran"